CHANGLUN, 27 Ogos - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah mengeluarkan tujuh kompaun bernilai RM14,000 terhadap pemandu kenderaan dalam Op Bersepadu di sempadan Ulu Pauh, Jalan Arau-Changlun, Kedah.
Operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Daerah Kubang Pasu itu dilakukan di sempadan Ulu Pauh, Jalan Arau-Changlun, Kedah.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Daerah Kubang Pasu itu bertujuan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutamanya Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996.
"Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 111 kenderaan diesel telah ditahan untuk pemeriksaan.
"Kompaun berkenaan dikeluarkan bawah Perkara 11 (1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996," menurut kenyataan itu.
Selain itu, lapan Notis Arahan telah dikeluarkan bawah Seksyen 48 A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya para pemilik kenderaan dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM setelah tindakan pembaikan terhadap kenderaan telah dilakukan.
Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di akta itu.
111 kenderaan diesel diperiksa, 7 kompaun bernilai RM14,000 dikeluarkan

powered by social2s