
KUALA LUMPUR, 9 Mei – ASYIKfm terima Anugerah Penghargaan Media (Kategori Radio), sebuah penghargaan julung kali diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada media.
- Ramona Musa menghargai pengiktirafan kerana kerjasama lama antara ASYIKfm dan JAKOA.
- Perbandingan ASYIKfm dan JAKOA seperti adik-beradik menekankan hubungan erat dan kerjasama padu.
- ASYIKfm akan memperhebat kerjasama dan memperluas promosi program pembangunan serta kebajikan Orang Asli menerusi radio.
- Harapan agar kerjasama lebih erat, banyak kolaborasi dilaksanakan, dan pendengar terus menyokong serta menyampaikan maklumat kepada masyarakat Orang Asli.
Pengurus ASYIKfm, Ramona Musa berkata, pengiktirafan berkenaan amat bermakna memandangkan kerjasama antara ASYIKfm dan JAKOA sudah terjalin sejak sekian lama.
“Terima kasih kepada pihak JAKOA yang pertama kali memberikan penganugerahan ini kepada ASYIKfm dan penghargaan ini amat bermakna buat kami.
“ASYIKfm dengan JAKOA ibarat adik-beradik berpisah tiada dan kerjasama antara kedua-dua pihak sentiasa padu dalam memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli,” katanya
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Media, Pempengaruh dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Asli di sini, pada Jumaat.
Ramona berkata, ASYIKfm akan terus memperhebat kerjasama bersama JAKOA, termasuk memperluas promosi program pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli menerusi platform radio.
“Harapan kami supaya kerjasama antara JAKOA dan ASYIKfm akan menjadi lebih erat dengan lebih banyak kolaborasi dapat dilaksanakan selepas ini.
“Kami juga berharap pendengar terus menyokong ASYIKfm dan bersama membantu menyampaikan maklumat berkaitan masyarakat Orang Asli,” jelasnya.
Anugerah Penghargaan Media JAKOA itu julung kali diperkenalkan melibatkan empat kategori utama iaitu televisyen, radio, portal dan wartawan cakna bagi menghargai peranan media memperkasa masyarakat Orang Asli.