fb fb fb fb fb

APM Wilayah Persekutuan siap siaga hadapi peralihan monsun

Pengarah APM Wilayah Persekutuan, Leftenan Kolonial (PA) Effendy Ali

KUALA LUMPUR, 7 November- Seramai 300 kekuatan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan kini bersiap siaga bagi menghadapi peralihan monsun.

Pengarahnya, Leftenan Kolonial (PA) Effendy Ali, berkata, ia termasuk Sukarelawan APM dan Pegawai Bersekutu bermula dari operasi menyelamat sehingga ke pasca banjir.

"Kita akan kerahkan anggota-anggota sama ada tetap dan sukarelawan termasuk juga pegawai-pegawai bersekutu kita untuk kita ke lapangan membantu masyarakat daripada operasi menyelamat sehingga ke pasca banjir,"katanya.

Dua aset utama termasuk kekuatan logistik di darat dan di air kini dalam keadaan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Sebanyak enam buah lori disediakan APM bagi tujuan mengangkut peralatan dan penduduk terjejas dari lokasi bencana selain 15 buah ambulans dan 12 buah pacuan 4 roda.

Manakala 19 buah bot pelbagai fungsi sedia diguna pakai untuk tujuan mencari dan menyelamat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE