fb fb fb fb fb

APM perluas kerjasama, persediaan hadapi Monsun Barat Daya

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed

IPOH, 17 Mei - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan memperluas kerjasama dengan agensi lain sebagai persediaan menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) yang diramal bermula hari ini.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata kerjasama tersebut termasuk meningkatkan kolaborasi dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemimpin masyarakat agar aspek keselamatan rakyat dapat dioptimumkan.

"Tahun lepas kita telah membuat sembilan kerjasama dengan agensi terlibat dan tahun ini kita akan tingkatkan di kalangan PBT dan ketua masyarakat.

"Tahun lepas kita merujuk kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan di negeri (PBT), mungkin ada negeri-negeri yang belum menyeluruh PBTnya jadi kita tingkatkan PBT yang belum bersama-sama dengan kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Pegawai Kehormat serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Perak 2024, di sini.

Dalam perkembangan lain, Aminurrahim berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan 302 perjawatan kontrak untuk pengambilan anggota APM di seluruh negara.

Penambahan itu katanya bagi mempertingkat serta memperkasakan kefungsian APM sebagai urus setia kepada jawatankuasa bencana di peringkat negeri dan daerah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN