fb fb fb fb fb

APM kenal pasti lebih 5,000 kawasan berisiko banjir seluruh negara

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 29 Oktober- Sejumlah 5,648 lokasi berisiko banjir dikenal pasti di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) , Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan dikumpul bagi mengenal pasti kawasan yang perlu diberi tumpuan.

Menurut beliau, menerusi Op Ramah yang diperkenalkan sejak 2022 lalu, anggota APM akan melakukan rondaan dan pemantauan secara berkala di lokasi tumpuan bagi mengelak perkara tidak diingini.

"Bagaimanapun perkara utama yang menjadi kebimbangan adalah tiada tanda-tanda yang menunjukkan sebarang bencana pada satu satu masa. Sehubungan itu, 15-ribu pegawai dan anggota sukarelawan APM di seluruh negara sentiasa dalam keadaan siap siaga menghadapi bencana.

"Penugasan ini menumpukan pada kawasan-kawasan yang dijangkakan oleh agensi-agensi teknikal. Kita berpandukan juga pada METMalaysia, JKR, JPS dan kawasan-kawasan yang kerap dilanda bencana seperti tanah runtuh dan banjir. Cuma apa yang kita risaukan bila angin kencang,ia sukar dijangka," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pegawai kehormat/bersekutu dan penganugerahan pingat, reben perkhidmatan, dan sijil APM di Kuala Terengganu.

Hampir 100 penerima menerima watikah berkenaan.

Trainee2