fb fb fb fb fb

APM Kedah sedia tempatkan anggota

(Kakitangan BES RTM Kedah menerima sijil peghargaan daripada APM)

ALOR SETAR, 22 November- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah bersedia menempatkan seramai 33 anggota untuk bersedia menghadapi sebarang bencana atau kes kecemasan menjelang Penamaan Calon di Parlimen Padang Serai di Kulim Kedah pada Pilihan Raya Umum PRU ke-15 (PRU15), Khamis ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob berkata, kesemua anggota terbabit adalah daripada APM Kulim serta sudah mencukupi
untuk melakukan tugas berkenaan.

"Insya-Allah sebelum ini pada hari penamaan calon dan PRU15 Sabtu lalu, keadaan semua terkawal dan berharap pada hari penamaan calon bagi
Parlimen Padang Serai juga akan berada dalam keadaan baik."

Bilik gerakan APM akan diwujudkan dan anggota akan ditempatkan sebagai persediaan sepanjang tempoh penamaan calon.

Pengundian awal akan diadakan pada 3 Disember serta Hari Pengundian 7 Disember depan.

Beliau ditemui media selepas majlis Himpunan Setia APM di Kompleks APM di Alor Setar hari ini.

Pada Majlis itu Pengarah Penyiaran Kedah Sharimah Abu Bakar dan timbalannya Rohani Musa masing-masing menerima watikah pelantikan sebagai Leftenan Kolonel Kehormat APM dan Kapten Kerhormat APM.

Wartawan, jurukamera dan kakitangan Berita Ehwal Semasa (BES) RTM Kedah turut menerima sijil penghargaan APM atas sumbangan menghargai komitmen pelaporan berita bencana dan kes bawah APM Kedah tahun ini.

(Awang Askandar Ampuan Yaacob)

Media Baharu