fb fb fb fb fb

Aplikasi ez-TTPM perkukuh sistem aduan pengguna

Permudah proses pemfailan tebus rugi dan mesra pengguna / Foto RTM

SHAH ALAM, 22 November - Sistem aplikasi ez-TTPM bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, (TTPM) yang dilancarkan hari ini bertujuan memperkukuh akses aduan lebih mudah kepada keadilan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata aplikasi berkenaa telah menambah baik sistem e-Tribunal, sekaligus mengurangkan kos, tempoh menunggu dan memudahkan akses kepada pengguna terutamanya di kawasan luar bandar.

"Untuk fasa awal menerusi sistem itu, pengguna boleh memfailkan tuntutan, memuat naik dokumen sokongan serta semakan status kes tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat TTPM.

"Bagi fasa kedua pula, aplikasi ez-TTPM boleh dimuat turun menggunakan telefon atau peranti pintar," katanya dalam sidang media sempena Program Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah 2025.

Langkah pendigitalan itu, memudahkan proses pemfailan tebus rugi yang lebih cekap dan mesra pengguna.

Setakat 14 November, TTPM merekodkan 9,203 pemfailan tuntutan dengan nilai keseluruhan RM77.2 juta, manakala 6,881 kes berjaya diselesaikan.

FAUZIAH ABD RAHMAN