AOSD 2026 perluas peluang perdagangan digital rentas sempadan

AOSD mewujudkan peluang jangka panjang perniagaan yang menerima pakai perdagangan digital

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Pasaran e-dagang Asean yang merekodkan nilai dagangan kasar (GMV) AS$185 bilion pada 2025, menyediakan peluang besar untuk perniagaan Malaysia memperluas eksport menerusi perdagangan digital rentas sempadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Matrade lancarkan AOSD 2026 untuk membantu PMKS meningkatkan keupayaan eksport menerusi e-dagang rentas sempadan.
  • AOSD direka sebagai inisiatif jangka panjang untuk memupuk penerapan perdagangan digital dan pertumbuhan mampan perniagaan Malaysia.
  • Program disokong 39 rakan ekosistem termasuk platform e-dagang, logistik, penyedia pembayaran digital, teknologi dan persatuan industri.

Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Asean yang mempunyai lebih 600 juta penduduk perlu dilihat sebagai satu pasaran digital yang saling berhubung, disokong platform digital, logistik bersepadu serta sistem pembayaran digital yang lancar.

Bagi memanfaatkan potensi serantau itu, Matrade melancarkan ASEAN Online Sales Day (AOSD) 2026 – Edisi Malaysia bagi membantu perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), meningkatkan keupayaan eksport menerusi e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abu Bakar Yusof berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh agenda perdagangan digital Malaysia.

“AOSD bukan sekadar promosi dalam talian untuk sehari, sebaliknya bertujuan mewujudkan peluang jangka panjang untuk perniagaan Malaysia menerima pakai perdagangan digital, meningkatkan daya saing dan berkembang secara mampan ke pasaran serantau serta antarabangsa.

”Program itu turut menjadi pemangkin untuk mempercepatkan perdagangan dalam ASEAN, yang ketika ini menyumbang kira-kira 25 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan ASEAN,” jelasnya menerusi kenyataan.

AOSD 2026 turut disokong 39 rakan ekosistem termasuk platform e-dagang, penyedia logistik, pembayaran digital dan teknologi, selain persatuan industri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.