
KEPALA BATAS, 10 Ogos – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, (MAINPP) buat julung kalinya menganjurkan kursus perkahwinan bagi Mualaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) Pekak peringkat negeri.
- Kursus dua hari menerima 100 peserta.
- Inisiatif akan diteruskan supaya kumpulan sasar dapat mengikuti kursus sama seperti peserta lain.
- Peserta OKU pekak menghargai kursus, mempelajari pengurusan rumah tangga, kewangan dan kaedah komunikasi.
Penganjuran selama dua hari yang berakhir semalam mendapat penyertaan 100 peserta.
Timbalan Yang Dipertua MAINPP, Profesor Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin berkata sambutan menggalakkan diterima daripada kumpulan sasar.
“Inisiatif ini sedia diteruskan pada masa akan datang agar kumpulan sasar dapat mengikuti kursus sepertimana peserta-peserta lain,”katanya selepas merasmikan Kursus perkahwinan Islam bagi mualaf dan OKU Pekak Peringkat Pulau Pinang, di Penaga.
Sementara itu, bagi peserta rata-ratanya menghargai inisiatif yang dilaksana MAINPP.
Adib Fauzan Baharin, antaranya berpendapat penganjuran kursus bagi OKU pekak sepertinya membolehkan mereka mempelajari kursus berkaitan rumah tangga termasuk pengurusan kewangan serta kaedah komunikasi.