fb fb fb fb fb

Anwar gesa beri keutamaan kepada 'Silver economy'

Perdana Menteri, Datuik Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) di Kuala Lumpur / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Malaysia perlu memberi keutamaan kepada pelaburan 'Silver economy' untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persediaan ke arah negara tua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara sektor kritikal yang perlu diberi perhatian termasuk penjagaan kesihatan, farmaseutikal dan infrastruktur yang kondusif dan menyokong penuaan aktif.

Justeru, Anwar meminta lebih banyak sektor swasta terbabit dalam pembangunan produk dan penyelesaian dalam semen warga emas serta 'silver economy' kerana persediaan untuk Malaysia yang semakin tua memerlukan pendekatan seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-11 2024 (ISWC 2024) di Kuala Lumpur.

ISWC sekali lagi menjadi tumpuan untuk perbincangan perlindungan sosial, dengan matlamat membentuk hasil positif dan membangunkan dasar di Malaysia.

Persidangan itu membawa tema Ageing and Longevity : Towards a Meaningful Retirement pada tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD