Kerajaan perkukuh langkah mitigasi, fokus jamin bekalan dan industri

Industri domestik negara perlu terus dilindungi daripada kesan krisis global/Foto Bernama

PUTRAJAYA, 21 April – Kerajaan mempergiat langkah mitigasi strategik bagi memastikan rantaian bekalan negara kekal stabil bagi melindungi industri domestik daripada kesan krisis global.

RINGKASAN BERITA AI
  • MTEN setuju laksanakan fasilitasi logistik, sokongan mitigasi risiko dan perluasan pasaran untuk kestabilan rantaian bekalan.
  • Sektor pembuatan menghadapi kekurangan bahan input dan kesukaran mendapatkan pembekal alternatif dalam tempoh singkat.
  • Perkukuh kerjasama dua hala untuk kesinambungan bekalan tenaga, pertanian dan bahan industri kritikal; percepat pelaksanaan biodiesel B15.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) setuju melaksanakan beberapa langkah termasuk, fasilitasi logistik, sokongan mitigasi risiko dan perluasan pasaran.

Bagi sektor pembuatan, antara cabaran utama ialah kekurangan bahan input dan kesukaran mendapatkan bekalan alternatif dalam tempoh singkat.

Kerajaan turut memperkukuh kerjasama dua hala dengan negara rakan seperti dan bagi memastikan kesinambungan bekalan tenaga, pertanian serta bahan industri kritikal.

Dalam masa sama, pelaksanaan biodiesel B15 akan dipercepatkan dengan lebih 70 peratus fasiliti pengadunan telah bersedia.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian pendekatan menyeluruh bagi memperkukuh keselamatan tenaga, rantaian bekalan dan daya tahan ekonomi negara dalam jangka panjang.