fb fb fb fb fb

Anugerah Seri Angkasa 2024 terima 1,860 pencalonan

ASA 2024 menerima 1,860 pencalonan

PUTRAJAYA, 27 September – Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 telah menerima 1,860 pencalonan melibatkan tiga kategori, iaitu 1,287 kategori televisyen, 515 kategori radio dan 58 kategori media baharu.

Jawatankuasa Promosi dan Publisiti ASA 2024 dalam kenyataan menyatakan angka tersebut menunjukkan peningkatan 17% berbanding ASA 2022 yang menerima 1,585 pencalonan.

Ketiga-tiga kategori berkenaan mempertandingkan sebanyak 60 anugerah.

"Senarai lima teratas (top 5) bagi setiap kategori anugerah juga telah disenarai pendek hasil penilaian juri profesional yang dilantik," jelas kenyataan tersebut.

ASA anjuran Kementerian Komunikasi merupakan medium pengiktirafan kepada penggiat industri kreatif penyiaran, mempromosi karya-karya kreatif kepada orang
ramai dan memperkukuh komuniti kreatif negara sekali gus melonjakkan potensi ekonomi jingga.

Maklumat lanjut mengenai senarai top 5 ASA 2024 boleh didapati di laman sesawang www.anugerahseriangkasa.gov.my

Trainee2