fb fb fb fb fb

Angka penduduk terjejas banjir di Kulim sedikit menurun

FOTO APM KULIM

KULIM, 8 September- Seramai 39 penduduk daripada 12 keluarga yang terjejas banjir di Kedah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Sungai Seluang di sini setakat pukul 4.00 petang tadi.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan daripada 40 penduduk yang dilaporkan pada tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah penduduk di PPS terdiri daripada lapan warga emas, 17 dewasa (10 wanita, tujuh lelaki) dan 14 kanak-kanak (tujuh perempuan dan tujuh lelaki).
 
Kesemua mereka berasal dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah, kedua-duanya terletak dalam kawasan Mukim Sungai Seluang.

SITI AISHAH MD ISA