Ambang bankrap dinaikkan kepada RM150,000 mulai 2027

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027, sebagai sebahagian usaha membantu rakyat keluar daripada belenggu kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sejak 2023, Kerajaan MADANI membantu lebih 250,000 rakyat keluar daripada kebankrapan.
  • Dasar Peluang Kedua Prihatin diperluas kepada penjaga utama OKU, pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan individu berpendapatan tidak tetap.
  • Pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C Akta Insolvensi akan diperkasa untuk individu yang memenuhi syarat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sejak 2023, Kerajaan MADANI telah membantu lebih 250,000 rakyat keluar daripada kebankrapan.

“Dalam usaha mempercepat proses pelepasan, Dasar Peluang Kedua Prihatin turut diperluas kepada penjaga utama ahli keluarga orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan individu berpendapatan tidak tetap.

“Pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C Akta Insolvensi juga akan terus diperkasa bagi individu yang memenuhi syarat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 atau Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.