Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 6 petang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 April- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hingga 6.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perak: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim.
  • Kelantan: Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai.
  • Terengganu: Besut, Setiu, Hulu Terengganu; Pahang: Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan.
  • Selangor: Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling; Johor: Segamat, Kluang, Pontian; Sarawak dan Sabah turut terjejas.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Perak kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh serta Kuala Krai.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, selain Pahang merangkumi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera serta Pekan.

Amaran turut melibatkan Selangor di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling, serta Johor di Segamat, Kluang dan Pontian.

Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Kuching melibatkan Bau dan Lundu, selain Bintulu, Miri (Marudi) serta Limbang.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman melibatkan Nabawan, Pantai Barat di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, selain Sandakan serta Kudat merangkumi Kota Marudu dan Pitas.