fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hari ini

KUALA LUMPUR, 11 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor hingga pukul 1.00 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung dan Bagan Datuk (Perak) diikuti Dungun dan Kemaman (Terengganu).

(FOTO HIASAN)

Keadaan sama dijangka melanda Jerantut dan Kuantan (Pahang) serta Sabak Bernam dan Kuala Selangor (Selangor).

Media Baharu