Amaran ribut petir di tujuh negeri hingga 9 malam

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga 9.00 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perak terlibat: Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak dan Batang Padang.
  • Terengganu, Pahang dan Johor (Mersing) disebut sebagai kawasan terlibat.
  • Selangor terjejas: Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Kuala Langat.
  • Negeri Sembilan dan Melaka termasuk Rembau, Port Dickson, Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak dan Batang Padang), Terengganu, Pahang dan Johor (Mersing).

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Kuala Langat), Negeri Sembilan (Rembau dan Port Dickson) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah),” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.