PUTRAJAYA, 26 Oktober - Amaran hujan lebat yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dijangka tidak akan menyebabkan banjir teruk berskala besar.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, jabatan itu menggunakan satelit bumi untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
"Bukan hanya satelit daripada angkasa sahaja, kita ada satelit bumi. Kita ada 19 satelit bumi yang sedang beroperasi.
(Ir Dr Zaini ketika ditemui media)
"Jadi kita lebih tepat lagi, pemerhatian daripada bumi ini lebih tepat dan kita juga gunakan satelir antarabangsa. Kita ada lima kaedah kita dapat makluman, hujan akan turun tetapi kami tidak menjangkakan hujan yang sangat lebat menyebabkan banjir besar," kata Ir Dr Zaini di sini.
Beliau mengulas mengenai ramalan MET Malaysia berhubung fenomena tekanan rendah (vorteks) yang dijangka meningkat kelajuannya pada 26 Oktober 2022 dan bergerak perlahan ke arah Barat Laut sehingga 31 Oktober 2022.