fb fb fb fb fb

Aliran trafik di lebuh raya dijangka meningkat petang ini

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 13 November - Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal setakat pukul 10.00 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan hanya berlaku sepanjang dua kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Senawang ke Port Dickson kerana aliran trafik tinggi.

Bagi laluan lain dari utara, pantai timur dan selatan menuju ke Lembah Klang keadaan terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku dan juga bagi laluan keluar dari Lembah Klang.

Dijangkakan trafik akan meningkat pada sebelah petang ini berikutan warga Lembah Klang mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan bagi mengelak sebarang kesesakan teruk.

TETITIA YUSOFF