fb fb fb fb fb

Akta 852 diterima baik majoriti rakyat Malaysia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dilihat diterima baik oleh majoriti rakyat Malaysia selepas hampir dua minggu dikuatkuasakan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kawalan Tembakau dan FCTC, Dr. Nurhaliza Zakariah berkata, sebagai permulaan, pendekatan berbentuk pendidikan diperkenalkan sebelum beralih ke fasa penguatkuasaan.

"Kementerian Kesihatan melaksanakan pendekatan pendidikan, iaitu memberi nasihat untuk mematuhi peraturan dan akta baharu ini.

"Kita beri tempoh kepada mereka, mungkin selama enam bulan atau setahun bergantung kepada situasi," katanya selepas menjadi tetamu dalam program terbitan RTM di sini.

Sementara itu, pihak penguat kuasa telah mula melakukan pemantauan di kawasan-kawasan larangan merokok di seluruh negara sejak akta itu dikuatkuasakan pada 1 Oktober lalu.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM