fb fb fb fb fb

Akta 852 Kawalan Produk Merokok dikuatkuasa secara berhemah

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melawat reruai pameran sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kementerian Kesihatan hari ini/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Oktober- Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan secara wajar dan berhemah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata akta yang diwartakan pada 2 Februari lalu mula berkuat kuasa hari ini bersama peraturan-peraturan dan perintah yang berkaitan.

"Saya yakin penguat kuasa saya di kementerian akan mengambil pendekatan yang sangat berhemah dan saya mahukan mereka bertindak berhemah supaya walaupun kita katakan kita mahu kuatkuasakan segera.

... Tetapi mestilah diambil tindakan yang berhemah apa yang kita mahukan adalah kerelaan dan kesetiaan mereka yang terlibat dalam industri ini memahami bahawa kita lakukan semua ini adalah untuk kebaikan khasnya kesejahteraan anak remaja generasi muda kita", katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Warga Emas di Putrajaya.

Tambah beliau, dua aspek pelaksanaan akta iaitu penguatkuasaan serta merta dan penguatkuasaan pendidikan dapat mewujudkan suasana saling menghormati undang-undang dan hak, terutamanya dalam penjualan produk tembakau, termasuk rokok elektronik kepada kanak-kanak bawah umur.

ROSLINA BINTI DIN