fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid terima pelantikan OISCA di Jepun

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima watikah pelantikan daripada Presiden OISCA Antarabangsa Ms Nakano Etsuko

TOKYO, 19 Februari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima watikah pelantikan Presiden Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) Antarabangsa bagi cawangan Malaysia.

Watikah pelantikan disampaikan Presiden OISCA Antarabangsa Ms Nakano Etsuko pada sesi perbincangan antara kedua-dua pihak di National Diet Building, Tokyo pagi tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir; Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Datuk Rozian Abd Ghani dan Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut hadir dalam majlis itu.

OISCA merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa memfokuskan promosi jalinan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuk alam sekitar, sosial budaya dan ekonomi untuk manfaat masyarakat antarabangsa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI