fb fb fb fb fb

Tragedi helikopter: Agong zahir takziah, titah TLDM jalankan siasatan terperinci

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

KUALA LUMPUR, 23 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih baginda terhadap tragedi dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak, pagi tadi.

Sultan Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook baginda turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 orang mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

"Saya dan Raja Zarith Sofiah (Raja Permaisuri Agong) berasa amat sedih atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini.

"Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada," titah baginda.

Baginda juga bertitah supaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN
Dua helikopter TLDM terhempas di Lumut, ada terkorban
Helikopter terhempas: Semua 10 mangsa disahkan terkorban - TLDM
Insiden helikopter terhempas, Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa

SITI AISHAH MD ISA