fb fb fb fb fb

Dua helikopter TLDM terhempas di Lumut, ada terkorban

Tangkap layar video tular di media sosial

LUMUT, 23 April- Dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor terhempas di Stadium TLDM di Lumut Perak, pagi ini.

Laporan awal daripada polis memaklumkan semua yang berada dalam pesawat berkenaan terkorban.

Namun, jumlah korban masih tidak didedahkan.

Difahamkan, insiden berlaku ketika pesawat terbabit melakukan latihan sempena lawatan Sultan Selangor.

Video kejadian turut dikongsi di media sosial.

Berita lanjut menyusul.

SITI AISHAH MD ISA