fb fb fb fb fb

Agong berkenan terima mengadap Setiausaha Agung Liga Dunia Islam

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) TYT Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa yang berlangsung di Istana Negara.

Hadir sama, Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan TYT Mesaad Ibrahim A Al Sulaim, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia.

Turut hadir, Datuk Zailani Hashim, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara.

Terdahulu, Sheikh Mohammed dan deligasi bersama hampir 2,000 tokoh agama serta intelektual dari 57 negara bagi membincangkan pembangunan wawasan tamadun di Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024.

ROSLINA BINTI DIN