Agong berkenan dipersembahkan buku khas terbitan Bernama

Foto Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan buku bertajuk ‘Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim King of Malaysia’ di Istana Negara hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menurut hantaran Facebook, Seri Paduka menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang mengetuai delegasi.
  • Turut hadir Pengerusi Bernama Wong Chun Wai, CEO Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.
  • Buku setebal 221 muka surat diterbitkan untuk menzahirkan penghargaan rakyat dan mendokumentasikan latar belakang serta perjalanan Seri Paduka Baginda.
  • Setiap bab mengandungi artikel dwibahasa dan penceritaan melalui foto terpilih dengan kapsyen dwibahasa.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang mengetuai delegasi mempersembahkan buku terbitan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu.

Turut hadir Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang, Arul Rajoo Durar Raj.

Buku setebal 221 muka surat itu diterbitkan sebagai menzahirkan penghargaan kepada Seri Paduka Baginda bagi pihak rakyat, selain mendokumentasikan latar belakang dan perjalanan Sultan Ibrahim sepanjang melaksanakan peranan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Setiap bab dalam buku berkenaan mengandungi artikel iringan dwibahasa serta memaparkan penceritaan melalui foto terpilih berserta kapsyen dwibahasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.