47 penduduk masih di PPS susulan air pasang tinggi di Merbok

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA), Zakiyah Md Akhir (dua dari kanan), ketika mengadakan lawatan kerja ke PPS Dewan Orang Ramai Sungai Pial, Merbok / foto FB APM Negeri Kedah

MERBOK, 18 Mei – Seramai 47 penduduk daripada 25 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Sungai Pial, setakat pukul 8.00 pagi tadi susulan fenomena air pasang besar di Kampung Huma, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk yang dipindahkan termasuk 13 kanak-kanak, seorang bayi lelaki dan 33 orang dewasa termasuk 10 warga emas.
  • Walaupun cuaca baik, penduduk masih tidak dibenarkan pulang kerana air pasang besar dijangka berterusan sehingga Rabu.
  • JPS Kedah menjangka paras air pasang tinggi sehingga 2.9 meter hari ini dan esok.
  • Risiko banjir meningkat jika air pasang tinggi seiring hujan lebat dan angin kencang di kawasan rendah serta pesisir pantai.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA), Zakiyah Md Akhir berkata, walaupun cuaca dilaporkan baik, kesemua penduduk terjejah masih belum dibenarkan pulang berikutan air pasang besar dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Menurut beliau, mereka yang dipindahkan terdiri daripada 13 kanak-kanak, seorang bayi lelaki dan 33 orang dewasa termasuk 10 warga emas.

“Kejadian air pasang besar yang berlaku pada Sabtu lalu menyebabkan beberapa kediaman penduduk di kampung berkenaan dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah memaklumkan paras air pasang tinggi hari ini dan esok dijangka mencecah sehingga 2.9 meter.

Antara lokasi terlibat ialah Teluk Ewa dan Kuah di Langkawi serta Pelabuhan Kuala Kedah.

Menurut JPS, sekiranya fenomena air pasang tinggi berlaku serentak dengan hujan lebat dan angin kencang, risiko banjir di kawasan rendah serta pesisir pantai adalah lebih tinggi.

Antara kawasan yang berisiko terjejas termasuk Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Taman Sri Pantai di daerah Kota Setar.

Selain itu, turut dijangka terlibat, Kampung Kepala Tanjung, Kampung Bukit Kechik, Kampung Tukang Jusoh, Kampung Paya, Kampung Sungai Meriam dan Kampung Sungai Yu di daerah Kuala Muda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.