Agong berkenan kurnia 100 lembu bagi ibadah korban

FB: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan ibadah korban sunat peribadi bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seri Paduka berkenan melafazkan niat korban dipimpin Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh di Istana Negara.
  • Baginda mewakilkan urusetia pelaksana Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.
  • Seri Paduka menitahkan daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh di Istana Negara, hari ini.

Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

Sementara itu, Munir menerusi doanya memohon ibadah itu diterima Allah SWT dan semoga Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat./BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.