fb fb fb fb fb

Agong berangkat ke mesyuarat Istana Negara

FOTO FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di sini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu membincangkan pelbagai aspek berkaitan pentadbiran dan pengurusan Istana Negara.

Dalam sesi tersebut, baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan gerak kerja serta majlis-majlis rasmi yang akan datang.

Keberangkatan Sultan Ibrahim ke mesyuarat itu hanya beberapa hari selepas baginda selamat kembali ke tanah air pada Sabtu lalu, usai menerima rawatan di Bahrain.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kesihatan Sultan Ibrahim semakin baik selepas menerima rawatan konservatif di negara itu.

Anwar yang mengadakan lawatan rasmi ke Bahrain sebelum ini berkesempatan menghadap baginda sebanyak dua kali dan menyatakan rawatan awal yang diberikan menunjukkan hasil positif.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA