fb fb fb fb fb

Agong terima mengadap PM di Bahrain

Foto Facebook Istana Negara/ PMO

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain.

Menerusi catatan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan itu Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

 

ROSLINA BINTI DIN