KUALA LUMPUR, 25 Februari-Sebanyak 7,600 kedai seluruh negara menyahut usaha strategik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi “Kempen Kata Tidak Pada Beg Plastik Sekali Guna” sejak September tahun lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif tersebut turut mendapat sokongan beberapa agensi seperti Malaysia Retail Association dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia.
"Ini merupakan usaha strategik KPKT bersama pihak industri dalam sektor peruncitan untuk menangani kesan negatif penggunaan plastik sekali guna kususnya beg platik jinjing terhadap alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal di Malaysia", katanya demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen
Dewan Rakyat turut dimaklumkan, usaha berkenaan selaras hasrat kerajaan untuk mencapai transformasi ekonomi kitaran dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan sumber dan meminimumkan penjanaan sisa.