fb fb fb fb fb

AGE bawa maut, kanak-kanak berisiko komplikasi serius

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kinarut, Dr Emilina Tan Pei Tzu

KOTA KINABALU, 4 Julai - Jangkitan penyakit Gastroenteritis (AGE) berisiko menyebabkan dehidrasi teruk, renjatan, gangguan elektrolit dan kegagalan buah pinggang serta kematian.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kinarut, Dr Emilina Tan Pei Tzu berkata, kanak-kanak antara golongan berisiko menghidap komplikasi serius disebabkan sistem imun dan perkembangan usus yang belum matang.

"Satu lagi kumpulan berisiko, adalah kumpulan yang mempunyai imuniti badan yang sangat rendah , orang yang berusia, atau pun kepada macam pesakit-pesakit HIV, pesakit-pesakit yang telah menerima kemoterapi yang mana sistem imun mereka sangat rendah, ada juga setengah pesakit diabetes ataupun pesakit jantung atau buah pinggang ada risiko tinggi," katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam segmen Kita Cerita #KitaKongsi di Konti SABAHfm di sini baru-baru ini.

AGE boleh tersebar melalui makanan dan peralatan yang tercemar, kontak rapat selain gagal mengamalkan kebersihan diri.

Antara simptom AGE adalah muntah, cirit birit, loya, demam, sakit badan, lesu serta hilang selera makanan.

Pesakit AGE boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan air sekiranya tidak memerlukan rawatan, rehidrasi, dan pengambilan antibiotik.

Pada 22 Jun lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan seramai 82 penduduk di daerah Tawau dijangkiti AGE.

BERITA BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN