fb fb fb fb fb

6,018 penduduk terjejas banjir di Kelantan setakat pagi ini

Sebahagian penduduk meredah banjir dengan menaiki bot untuk ke tempat yang lebih selamat selepas kawasan berkenaan dinaiki air/FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Disember - Seramai 6018 penduduk terjejas banjir di Pasir Mas, Kelantan direkodkan setakat 8.45 pagi tadi yang berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), angka itu melibatkan daripada 1,995 keluarga yang terdiri (1,884) lelaki dewasa; (1, 997) perempuan dewasa; (987) kanak-kanak lelaki; (931) kanak-kanak perempuan; (115) bayi lelaki; (104) bayi perempuan; (68) warga emas lelaki; (170) warga emas perempuan; (12) Orang Kurang Upaya (OKU) lelaki dan (6) OKU perempuan.

Dua PPS yang dibuka semalam iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong yang menempatkan 47 mangsa daripada 15 keluarga dan Madrasah Tasek Bakong (210 orang daripada 55 keluarga).

SK Gual To'deh (813 orang daripada 264 keluarga); SMK Baroh Pial (710 orang daripada 260 keluarga ); SMK (A) Lati (84 orang daripada 22 keluarga); SK Gual Periok (269 orang daripada 79 keluarga ); Masjid Mukim Padang Licin (131 orang daripada 55 keluarga ); SK Gual Tinggi Tinggi 903 orang daripada 296 keluarga) .

Lagi empat PPS iaitu SK Sri Kiambang (345 orang 107 keluarga) ; SMK Gual Periok (153 orang daripada 41 keluarga); SK Chicha Tinggi (249 orang daripada 70 keluarga) dan SK Sri Rantau Panjang 2 (1881 orang daripada 629 keluarga).

GRACE AISYAH KEDAYAN