fb fb fb fb fb

50 calon SPM 2023 Perlis peroleh semua A

Pengumuman keputusan SPM 2023

KANGAR, 27 Mei- Seramai 50 calon berjaya memperolehi keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berbanding 47 calon bagi SPM 2022.

Sementara itu, prestasi Gred Purata Negeri (GPN) Perlis berada pada paras terbaik selepas mencatatkan 4.74 mata bagi keputusan peperiksaan SPM 2023 berbanding 4.82 mata bagi tahun 2022.

Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin berkata, seramai 2,889 calon menduduki peperiksaan SPM 2023 berbanding 2,923 calon pada 2022 dengan peratus layak dapat sijil sebanyak 95.05 peratus.

"Untuk SPM 2023, sembilan buah sekolah mengekalkan pencapaian 100% calon layak mendapat sijil, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, SMK Agama Perempuan Kangar, SMK Dato Sheikh Ahmad dan SMK Agama Arau" katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan SPM bagi negeri Perlis di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di sini.

SPM 2023 juga menunjukkan jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar meningkat sebanyak 0.08 Gred Purata Sekolah iatu 0.84 pada tahun 2023 berbanding 0.92 pada tahun 2022.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI