fb fb fb fb fb

5,000 outlet FAMA bakal dibina di seluruh negara

ALOR SETAR, 26 Jun - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membina 5,000 outlet FAMA di seluruh negara mulai tahun depan.

Pembinaan outlet tersebut bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pengguna, malah boleh menstabilkan harga barangan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata hingga kini terdapat 1,500 outlet FAMA yang merangkumi Pasar Tani, Pasar Tani Kekal dan Pusat Tranformasi Luar Bandar.

Outlet FAMA itu juga dapat membantu petani dengan lambakan sayuran yang dapat dijual secara terus kepada pengguna menerusi outlet-outlet yang disediakan.

" Kabinet sudahpun lulus minggu lepas, tahun depan kita bina hingga 5,000 outlet, ertinya kerajaan akan ada lebih banyak dalam pasaran untuk menstabilkanan harga," kata Mohamad Sabu, di sini.

(Mohamad Sabu semasa bercakap dalam sidang media)

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Bersama  Peladang Zon Utara 2023 di sini.

Sementara itu, beliau menyambut baik kempen Zero Late Delivery yang dianjurkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS.

Kempen tersebut dapat membantu para petani dalam meningkatkan peratus tahap sara diri mereka dalam mengembangkan ekonomi negara.

Melalui kempen yang diperkenalkan, NAFAS menyediakan inisiatif  merangkumi empat elemen utama dalam mencapai kejayaan kempen berkenaan.

Termasuk memastikan stok bahan mentah sentiasa tersedia, memastikan kilang beroperasi membuat baja bagi membolehkan stok dibawa ke Pertubuhan Peladang Kawasan.

Dua elemen lain adalah bagi memastikan pengangkutan tersedia untuk menyalurkan keperluan baja, serta meningkatkan kecekapan pengurusan dokumentasi bagi memastikan aliran tunai berkeupayaan menampung pembelian bahan mentah, pembuatan dan penghantaran baja.

Media Baharu