fb fb fb fb fb

400,000 pelajar bakal terima manfaat menerusi Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Seramai 400,000pelajar bakal menerima manfaat hasil pengagihan Modul Inspirasi Pendidikan yang dilaksanakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Langkah itu dibuat bagi membantu para pelajar mendapatkan tips dan teknik pembelajaran agar lebih cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Awang@Musran Tawil berkata modul yang melibatkan dua subjek Bahasa Melayu dan Sejarah itu dibangunkan oleh guru-guru cemerlang dan diguna pakai menerusi kaedah latih tubi di sekolah serta kelas dalam talian.

"Bagi kita program ini telah diteruskan daripada tahun ke tahun cuma perbezaannya jumlah cetakan bertambah. Pada tahun ini, kita cetak sebanyak 300,000 untuk subjek Bahasa Melayu dengan Sejarah.

Kedua-dua naskah yang dicetak oleh YaPEIM ditunggu-tunggu oleh pelajar dan pihak sekolah. Naskah tersebut dihasilkan oleh YaPEIM bersama dengan guru-guru yang berpengalaman dan pakar," kata Awang kepada pemberita RTM pada Majlis Apresiasi YaPEIM bersama Media di ibu negara.


(Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Awang@Musran Tawil)

Terdahulu, YaPEIM menyasarkan sebanyak 2,452 buah sekolah akan mengguna pakai modul tersebut dengan anggaran penglibatan 20 hingga 80 orang pelajar bagi setiap sekolah di seluruh negara.

Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM merupakan pendekatan terbaik dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi ummah melalui kepentingan pendidikan.

Media Baharu