fb fb fb fb fb

30 Pusat Autisme dicadang wujud di seluruh negara

Penubuhan Pusat Autisme penting bagi menampung keperluan khas lebih 60,000 kes autisme, setakat Jun lalu.

DAMANSARA, 10 Julai- Sekurang-kurangnya 30 Pusat Autisme dicadang diwujudkan di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyambut baik idea itu, selain terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk tujuan tersebut.

Penubuhan Pusat Autisme penting bagi menampung keperluan khas lebih 60,000 kes autisme, setakat Jun lalu.

"Kalau ia dapat dibuat, memang lebih berkesan.

"Cuma saya mengharapkan kalau ada pihak yang ingin bekerjasama dengan kerajaan, di mana kita dapat menyumbang daripada segi maklumat dan juga keperluan yang kita perlukan sebab kalau nak mengadakannya secara serta-merta itu memang bukan sesuatu yang mudah untuk kerajaan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut memaklumkan kementeriannya giat memperkasa kesedaran awam mengenai autisme di seluruh negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM