fb fb fb fb fb

30 belia sertai kursus kemahiran teknikal akuakultur

FOTO Jabatan Perikanan Negeri Kedah

JITRA, 27 Julai- Seramai 30 belia daripada kalangan pengusaha dan penternak ikan menyertai Kursus Kemahiran Teknikal Akuakultur - Pembenihan Ikan Keli dan Biofloc Ikan Tilapia Negeri Kedah.

Kursus diadakan di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra.

Kursus selama dua hari itu diisi dengan pengenalan kepada sistem akuakultur, teknik pembenihan ikan keli serta pemilihan induk ikan keli dan tilapia untuk pembenihan dan Sistem Biofloc.

Jabatan Perikanan Negeri Kedah menerusi satu kenyataan memaklumkan peserta juga diberikan peluang untuk menyuntik hormon ovaprim kepada induk ikan keli dan menghasilkan pembenihan.

"Pengalaman itu amat berguna kepada penternak-penternak yang baru menceburi bidang penternakan dan pembenihan ikan keli,"menurut kenyataan tersebut.

Kursus disampaikan oleh Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra, Subli Saad serta dibantu kakitangan dan Cawangan Pengembangan Perikanan menyelaras kursus serta logisitik.

Program dirasmikan oleh Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Kedah, Siti Shuhada Azahari mewakili Pengarah Perikanan Negeri Kedah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE