
KUALA LUMPUR, 12 November – Seramai 1,443 penduduk terjejas banjir daripada 405 keluarga di dua negeri iaitu Perak dan Selangor.
- Sembilan pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.
- Di Selangor, 1,138 penduduk daripada 316 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Kuala Selangor.
- Di Perak, 301 penduduk daripada 87 keluarga ditempatkan di dua PPS, MPTI Teluk Intan (269) dan MPTI Langkap (32).
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.
Di Selangor, jumlah penduduk terjejas adalah seramai 1,138 orang daripada 316 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS di Kuala Selangor.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela menempatkan 393 penduduk terjejas, Sekolah Rendah Agama Bukit Kuching (290), SK Parit Mahang (248), Kafa Integrasi Hidayah (81), Sekolah Agama Batu 8 Ijok (77) dan SK Jaya Setia (12) dan Dewan Komuniti Penyayang Tanjung Siam (36).
Sementara itu, di Perak seramai 301 penduduk terjejas banjir daripada 87 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.
PPS di Daerah Hilir Perak iaitu PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menempatkan 269 penduduk terjejas, manakala PPS Dewan MPTI Langkap menempatkan 32 penduduk terjejas banjir.