
KUALA LUMPUR, 12 November – Stesen Meteorologi Utama Labuan merekodkan suhu maksimum tertinggi di negara ini pada 11 November iaitu 36.7 darjah Celsius, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
- Stesen Langkawi dan Kapit catat suhu maksimum kedua dan ketiga tertinggi, masing-masing 34.9 darjah Celsius dan 34.3 darjah Celsius.
- Stesen Kapit rekod taburan hujan tertinggi 33.8 milimeter; Kuala Terengganu 26.2 milimeter, Subang 25.8 milimeter.
- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Klang, Kuala Langat, Sepang dan Port Dickson.
- Amaran dikeluarkan sekitar 5.30 pagi, jangkaan hujan melebihi 20 milimeter sejam; orang ramai dinasihatkan rujuk laman rasmi dan media sosial.
Berdasarkan rekod taburan hujan dan suhu maksimum yang dikongsikan menerusi Facebook jabatan itu, Stesen Meteorologi Utama Langkawi mencatatkan suhu maksimum kedua tertinggi iaitu 34.9 darjah Celsius, diikuti Kapit, Sarawak (34.3 darjah Celsius).
Sementara itu, Stesen Meteorologi Utama Kapit merekodkan taburan hujan tertinggi sebanyak 33.8 milimeter, diikuti Kuala Terengganu, Terengganu (26.2 milimeter) dan Subang, Selangor (25.8 milimeter).
Dalam perkembangan berkaitan, MetMalaysia sebelum ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.
Kawasan terlibat di Selangor ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson.
Amaran yang dikeluarkan pada 5.30 pagi itu melibatkan jangkaan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan merujuk laman sesawang serta media sosial rasmi jabatan berkenaan.