KPWKM mula sesi libat urus dengan HRD Corp selaras pembangunan tenaga kerja

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, KPWKM, Asmar Asmadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 12 November – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memulakan libat urus strategik dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bagi menyelaras pembangunan tenaga kerja dengan Kerangka Strategik Penjagaan Malaysia dan Pelan Tindakan 2026 hingga 2030 serta Standard Penjagaan Nasional yang sedang dibangunkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan melalui HRD Corp akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan sektor penjagaan.
  • Kementerian mulakan libat urus strategik dengan HRD Corp untuk selaraskan tenaga kerja dengan kerangka, pelan 2026-2030 dan Standard Penjagaan Nasional.
  • HRD Corp mengiktiraf warga emas sebagai kumpulan sasaran untuk latihan semula dan peningkatan kemahiran, serta kumpulan rentan lain.
  • Inisiatif bertujuan memastikan mereka kekal aktif secara ekonomi dan terus menyumbang kepada pasaran pekerjaan jika memilih berbuat demikian.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Asmar Asmadi Abdullah Sani berkata, peruntukan lebih RM40 juta menerusi HRD Corp akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan sektor penjagaan.

“Kementerian menyambut baik peruntukan RM40 juta menerusi HRD Corp untuk melatih 8,000 pekerja sektor penjagaan.

“Susulan pengumuman itu, kementerian telah memulakan libat urus strategik dengan HRD Corp bagi menyelaraskan pembangunan tenaga kerja dengan Kerangka Strategik Penjagaan Malaysia dan Pelan Tindakan 2026 hingga 2030 serta Standard Penjagaan Nasional yang sedang dibangunkan,” katanya.

Menerusi Belanjawan MADANI 2027, lebih RM40 juta diperuntukkan bagi melatih 8,000 individu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja sektor penjagaan negara.

Katanya, HRD Corp turut mengiktiraf warga emas sebagai kumpulan sasaran bagi inisiatif latihan semula dan peningkatan kemahiran, selain kumpulan rentan yang lain.

“Ini membolehkan mereka kekal aktif dari segi ekonomi dan terus menyumbang kepada pasaran pekerjaan sekiranya memilih untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Silver Economy Forum di ibu negara yang dihadiri kira-kira 200 peserta hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.