fb fb fb fb fb

12 individu ditahan tidak memiliki dokumen, tinggal lebih masa

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu melakukan Ops Sapu dan Ops Selera sekitar daerah Dungun dan Kemaman

DUNGUN, 18 Januari- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menahan seramai 12 individu pendatang tanpa izin menerusi Ops Sapu dan Ops Selera sekitar daerah Dungun dan Kemaman semalam.

Operasi dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu itu bermula pukul 8.00 malam dan berakhir 6.00 pagi, pada Jumaat.

Pengarah JIM Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor memaklumkan, dalam operasi itu sebanyak empat premis diperiksa dengan 124 individu disaring. 

"Kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun dan terdiri daripada 11 warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia.

"Mereka disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan," kata Mohd Yusri.

Semua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI