fb fb fb fb fb

110,000 akaun pengguna air di Kedah terjejas 6-7 Oktober

Foto hiasan/RTM

ALOR SETAR, 1 Oktober - Sebanyak 110,000 akaun pengguna di empat daerah di Kedah akan mengalami gangguan bekalan air pada 6 hingga 7 Oktober ini.

Gangguan disebabkan oleh pengurangan operasi Loji Rawatan Air, LRA Pelubang berikutan kerja-kerja pengalihan kabel pada laluan bawah tanah sepanjang 250 meter.

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menerusi satu kenyataan memaklumkan, gangguan berjadual itu bermula pukul 10 malam, 6 Oktober hingga pukul 11.30 malam, 7 Oktober melibatkan beberapa kawasan di Daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena.

"Di Kota Setar, antara kawasan terjejas termasuk sepanjang jalan Alor Mengkudu ke Kuala Kedah, Pekan Simpang Kuala ke Tandop, Simpang Masjid Aman ke susur keluar Tol Alor Setar Selatan dan MADA Ampang Jajar, Pekan Langgar ke Pekan Tanah Merah Pendang, Pekan Tanah Merah Pendang ke Pekan Simpang Empat Kangkong dan Sepanjang Jalan Kepala Batas ke Anak Bukit.

"Manakala di Kubang Pasu melibatkan keseluruhan Pekan Jitra, Jalan Bukit Wang, Jalan Wang Tepus, Jalan Jitra ke Kodiang, Jalan Kodiang ke Changlun, sekitar Tunjang, Jalan Pekan Napoh ke Padang Sera, keseluruhan Ayer Hitam, keseluruhan Megat Dewa, Sanglang dan kawasan sekitar.

"Di Pendang pula bermula dari simpang Tobiar ke Pekan Kubur Panjang. Sementara itu, di Pokok Sena melibatkan kawasan antaranya Telaga Mas, Bukit Teriak, KEDA Lengkuas, Belukar dan Jalan Empa," menurut kenyataan tersebut.

SADA turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

0110 KDH SADA GANGGUANKENYATAAN SADA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE