fb fb fb fb fb

10 van jenazah mangsa nahas helikopter, tiba di HRPB

Van yang membawa mangsa nahas helikopter di TLDM Lumut, Perak tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pukul 6.00 petang

IPOH, 23 April- 10 van jenazah termasuk dua ambulan yang membawa 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pagi tadi, tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh kira-kira pukul 6.00 petang tadi.

Kesemua van tersebut bergerak dari Pangkalan Tentera Laut (TLDM), Lumut diringi kenderaan polis dan tentera.

Ahli keluarga dan waris sudah menunggu di pekarangan Jabatan Forensik HRPB ketika proses menurunkan kesemua jenazah dilakukan.

Difahamkan, proses bedah siasat akan dilakukan terhadap kesemua mangsa nahas berkenaan.

Sebelum itu, proses pengecaman kesemua mangsa selesai dilakukan Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi tadi, 10 mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita yang merupakan anggota TLDM telah terkorban dalam nahas tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI