fb fb fb fb fb

10,000 banduan yang layak ditempatkan dalam industri, isi tenaga kerja

(Hamzah pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-232 di Maktab Penjara Kajang)

KAJANG, 22 Mac - Seramai 10,000 banduan yang layak dijangka menjalani program Sistem Parol, Pelepasan Banduan Secara Lesen dan Program Reintegrasi Penghuni dengan 80% dianggar ditempatkan dalam industri.

Jumlah itu sekali gus mampu mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan warga asing.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan ini kerajaan mampu menjimatkan kos pengurusan penjara sebanyak RM182 juta setahun.

"Kementerian amat yakin sasaran ini akan dapat dicapai berdasarkan kepada pencapaian melebihi 7,000 banduan menjalani Pemulihan Dalam Komuniti pada tahun lepas.

"Melalui peluang yang diberikan, didapati 99.63% daripada mereka telah berjaya dan tidak lagi mengulangi kesilapan atau kembali semula ke penjara," katanya.

(Hamzah Zainudin)

Beliau bercakap demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-232 di Maktab Penjara Kajang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata kementerian turut komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus diutamakan.

Media Baharu