
KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa esok, 15 Oktober, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan susulan keadaan jerebu semasa.
- Murids yang hadir digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
- Ibu bapa boleh tidak menghantar anak jika bimbang tentang kesihatan, tetapi mesti memaklumkan ketidakhadiran kepada sekolah.
- JPWPKL meminta semua pihak peka terhadap perkembangan jerebu dan mematuhi nasihat pihak berkuasa.
- Keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan menjadi keutamaan JPWPKL.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam kenyataan memaklumkan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
“Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak-anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.
“Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah,” menurut kenyataan itu.
JPWPKL turut meminta semua pihak supaya peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.
“Keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan JPWPKL,” menurut kenyataan itu.