
SENDAYAN, 28 Julai – Sebanyak 92 peratus atau 1,026 anggota keselamatan dan dan pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya
Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan, hari ini.
- Pusat mengundi ditutup pada pukul 5.00 petang; dua peti undi dihantar ke IPD Rembau untuk simpanan keselamatan sehingga hari pengundian Sabtu.
- Proses pengundian lancar dengan bantuan 16 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya di pusat mengundi awal tersebut.
- Seramai 1,114 pengundi awal layak; 806 anggota tentera darat dan udara, manakala 308 adalah pasangan mereka.
- Kedua-dua calon DUN Rantau meninjau proses pengundian pada kira-kira 10.30 pagi; pertembungan satu lawan satu antara Mohamad Hasan (BN) dan Dr. Azizul Hakim Mahdi (PH).
Pusat mengundi ditutup pukul 5.00 petang sebelum dua peti undi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau untuk tujuan penyimpanan bawah kawalan keselamatan sehingga hari pengundian pada Sabru ini.
Proses pengundian lancar dengan dibantu 16 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan urusan di pusat mengundi awal berkenaan.
Seramai 1,114 pengundi awal layak menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini. Daripada jumlah itu, 806 terdiri daripada anggota tentera darat dan udara, manakala 308 lagi merupakan pasangan mereka.
Sementara itu, kedua-dua calon yang bertanding bagi DUN Rantau turut hadir ke pusat mengundi bagi meninjau perjalanan proses pengundian kira-kira pukul 10.30 pagi.
DUN Rantau menyaksikan pertemuan satu lawan satu antara penyandang, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan pencabarnya, Dr. Azizul Hakim Mahdi dari Pakatan Harapan (PH).
Pada PRN 2023, Datuk Seri Mohamad Hasan berjayamempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 10,280 undi selepas memperoleh 16,957 undi.