PRN Johor: 38.64 peratus pengundi awal tunaikan tanggungjawab setakat 10 pagi

Anggota PDRM hadir bagi menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal di Dewan Dato Onn, IPK Johor/Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 7 Julai – Sebanyak 38.64 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 7,963 anggota tentera, pasangan dan polis termasuk pengundi awal.
  • 64 pusat mengundi dibuka serentak sejak 8 pagi bagi 20,607 pengundi berdaftar.
  • Pusat mengundi ditutup berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang mengikut lokasi.
  • PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon merebut 56 kerusi DUN dengan 2.7 juta pemilih berdaftar.

Berdasarkan data terkini yang dikongsikan di Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah tersebut mewakili 7,963 anggota tentera dan pasangan serta polis.

Sebanyak 64 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 20,607 pengundi berdaftar menjalankan amanah mereka hari ini.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang ini, bergantung pada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.

PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pengundian bagi 2.7 juta pemilih ditetapkan pada Sabtu ini. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.