PRK Kinabatangan, Lamag, SPRM Sabah lancar bilik gerakan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)/RTM

PUTRAJAYA, 18 Januari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM Sabah buka bilik gerakan 24 jam di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan untuk aduan rasuah sempena PRK.
  • Tempoh operasi bilik gerakan dari 10 hingga 25 Januari untuk memantau kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.
  • Orang ramai diminta salurkan aduan melalui emel prnsabah@sprm.gov.my atau talian 089-668746 dan 011-18669877.
  • SPRM mengingatkan calon dan parti patuhi Akta SPRM 2009 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

SPRM dalam satu kenyataaan memaklumkan bilik gerakan berkenaan akan beroperasi 24 jam bermula dari 10 hingga 25 Januari bertenpat di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel prnsabah@sprm.gov.my atau menghubungi talian 089-668746 dan 011-18669877”, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon serta parti politik yang bertanding agar mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ditetapkan, selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan