Polis mohon bantuan kesan gadis hilang di Muar

Foto individu hilang, Irene Nur Hairina Mohd Rozanna, 19 tahun, edaran PDRM

KUALA LUMPUR, 21 April- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang gadis berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Sungai Gersik, Muar, Johor pada petang 16 April lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan kehilangan dibuat oleh ibu mangsa di Balai Polis Parit Jawa.
  • Mangsa terakhir dilihat sekitar jam 6.40 petang menunggang Yamaha Avantis biru gelap bernombor JYM 6092.
  • Ciri: tinggi kira-kira 170 cm, berat ~90 kg, rambut paras bahu, parut belakang kepala kiri. Hubungi Pegawai Penyiasat atau Balai Parit Jawa 06-9874122.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata laporan kehilangan Irene Nur Hairina Mohd Rozanna dibuat oleh ibunya di Balai Polis Parit Jawa pada Jumaat lepas.

“Mangsa kali terakhir dilihat sekitar pukul 6.40 petang ketika keluar dari rumah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Avantis berwarna biru gelap bernombor pendaftaran JYM 6092,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar dari rumah susulan perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga.

Usaha pencarian telah dijalankan oleh keluarga dan polis di sekitar kawasan kampung dan bandar Muar, namun mangsa masih belum ditemuikan.

“Mangsa bertubuh tinggi kira-kira 170 sentimeter, berat sekitar 90 kilogram, berambut panjang paras bahu, berkulit kuning langsat dan bermata bulat serta mempunyai parut di bahagian belakang kepala sebelah kiri,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai gadis itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Samsul Tilo Muzeri atau Balai Polis Parit Jawa di talian 06-9874122 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerusi 06-9564800.